Showing posts with label PENERAPAN. Show all posts
Showing posts with label PENERAPAN. Show all posts

Wednesday, 10 February 2021

SARJANA MUDA PENTADBIRAN KORPORAT AM225

 Oriteeeeeeeee post kedua,


Jadi selepas diploma yang penuh kejahilan dan suka ria serta kenangan maka habislah masa ke-emasan remaja. Ramai yang selepas diploma fikir nak kerja, tak dinafikan kami juga begitu. Tapi rasa macam tak masuk lagi jiwa nak kerja , jadi setelah berbincang dengan keluarga maka kami pun apply lah Ijazah/Degree...

Langkahnya masih sama (sekiranya anda pelajar tahun akhir UiTM) boleh pergi ke I-Student di bahagian Further Studies. Banyak pilihan kursus yang ditawarkan . Jowo rasa macam dah tak boleh bawak Ijazah Perakaunan walaupun sebenarnya minat dengan Audit dan Undang-Undang, jadi setelah bertemu dan ambil pendapat Penasihat Akademik maka Jowo pilih Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat (Kepujian) AM225. 

Kenapa pilih yang ni? Sebab kursus ni banyak undang-undang dan lagi satu boleh langkau/skip satu semester daripada 5 semester keseluruhan pengajian. 

Kenapa boleh langkau? sebab ada subjek di Degree dah ambik masa Diploma jadi tak perlu buang masa belajar balik, terus belajar yang mana tak tahu saja. Cuma yang ralatnyer kena mohon dulu kat Ketua Pengajian Fakulti ,dia tak automatik kena isi borang .


Nak tau subjek apa ja yang amek tengok bawah:


Semester 1(langkau)
  1. Introduction to Public Administration (ADS 404) cuma amek subjek ini saja
  2. Management Principles and Practices (ADS 460)
  3. Intermediate Financial Accounting & Reporting (ACC 406)
  4. Malaysian Legal Principles (LAW 445)
  5. Business Mathematics (MAT 402)
  6. Tamadun Islam dan Asia Tenggara (CTU 551)
  7. Prepatory College English (ELC 400)*student Asasi dapat pengecualian
  8. Co-Curriculum

Semester  2 (Penerapan terus masuk sem 2)
  1. Introduction to Public Sector Quality Management (ADS 410)
  2. Industrial Relations (ADS 465)
  3. Cost and Management Accounting (ACC 416) (dikecualikan subjek diploma)
  4. Commercial Law (LAW 439)
  5. Statistics for Business and Social Sciences (STA 404) ( ni patut dikecualikan tapi KP tak bagi)
  6. Economics (ECO 415) (dikecualikan subjek diploma)
  7. Co-Curriculum ( dikecualikan  )
  8. Introduction to Public Administration (ADS 404) 
  9. Sejarah Malaysia (CTU 555)

Semester 3
  1. Organisational Behaviour (ADM 501)
  2. Financial and Management Accounting (ACC 466) (dikecualikan subjek diploma)
  3. Advanced Business Law (LAW 503)
  4. Principles of Entrepreneurship (ENT 530)
  5. Sejarah Malaysia (CTU 555) (dah amek masa semester 2)
  6. English for Critical Academic Writing (ELC 501) 
  7. Third Language I Jepun 
  8. Co-Curriculum (dikecualikan subjek diploma)
  9. Elective:
  • Social Marketing (ADS 402)

Semester 4
  1. Human Resource Management (ADM 551)
  2. Management Accounting (ACC 516) (dikecualikan subjek diploma)
  3. Malaysian Company Law (LAW 610)
  4. Management Information System (CSC 408)
  5. Public Relations (PRO 458)
  6. English for Oral Presentation (ELC 590)
  7. Third Language II Jepun
  8. Elective
  • Innovation management (ADS 557)

Semester 5
  1. International Business Environment (ADM 602)
  2. Company Secretarial Practice I (ADM 609)
  3. Taxation I (ACC 426) (dikecualikan subjek diploma)
  4. Advanced Financial Accounting & Reporting (ACC 506) (dikecualikan subjek diploma)
  5. Meetings and Discussion (EWC 663)
  6. Third Language III Jepun
  7. Elective:
  • Service Management (ADM 570)

Semester 6
  1. Taxation II (ACC 526)
  2. Corporate Strategic Management (ADM 650)
  3. Company Secretarial Practice II (ADM 657)
  4. Corporate Finance (ADM 658)
  5. Corporate Governance & Ethics (ADM  659)
  6. Practical Training (ADS 667) ( tak sempat abis hahah eksiden)
Semester 7
  1. Practical Training (ADS 667) ( tak sempat amek hahah eksiden)
Nampak tak tiap semester semua subjek akaun dan kokurikulum diberikan pengecualian jadi masa lapang sangat banyak!

Dan bagi jowo ijazah pentadbiran korporat ni memang tak sukar dan senang saja cuma tu lah peluang kerja nya jadi setiausaha syarikat/ company secretary memang tak masuk jiwa walau dah intern 2 kali hahahah .


Wednesday, 30 December 2020

DIPLOMA PERAKAUNAN AC110

 Hallooooooo


Rasa macam lama tak menulis kat sini ... lama gila hahah. 

Takdak idea nak tulis apa jadi kita sambung cerita akademik lah. Ok selepas zaman Pra Diploma berlalu, sekiranya pelajar yang ambik Pra Diploma ni dapat keputusan yang memberansangkan , depa boleh sambung ke peringkat diploma.

Untuk kami ni alhamdulilah, keputusan ok  



Jadi dapatlah sambung ke diploma , macam mana buat? Kalau nak sambung boleh apply di I-Student bahagian Further Studies.

Setelah apply dalam seminggu dua, dapatlah offer letter/surat tawaran penerapan.

Kami masa ni mintak jurusan akaun sebab ramai cakap senang, dan boleh skor dengan mudah.Nak tengok contoh offer letter? Sat..

 


Nak dijadikan cerita, dapat diploma pun kat tempat yang sama ambik pra diploma jadi senang, cara nak masuk kolej kediaman dah tau, selok belok universiti pun dah tau , tinggal buat member baru ja.




Tapi pergh, nasihat kami pada angpa yang nak ambik diploma akaun ni tolong buat betui2. Dok ingatkan senang, sem pertama pun kami dah ada subjek repeat(ulangan) sebab gagal faham konsep.

Pendek kata , zaman diploma kami dipenuhi dengan subjek ulangan dan suka ria kejahilan hahaha.

Untuk yang gagal jangan risau, boleh tebus balik di semester hadapan syaratnya kena buat betul-betul. Jangan takut nak tambah semester ( tambah 1-2 tak ada masalah) asalkan niat betul nak belajar, nak ubah masa depan.

Tapi jangan lah study memanjang, tak buat aktiviti menyeronokkan. Silalah masuk kelab-kelab yang banyak di UiTM nih. Kami pilih JPK Kolej Kediaman dan kelab Go-Kart dan alhamdulilah memang seronok. Sampai sekarang gambar Jowo masih ada di bilik TV Kolej Kediaman TR ahahah..