Wednesday, 9 August 2017

PRADIPLOMA PERDAGANGAN PD002




Dalam post kali nih kami nak cakap tentang pra diploma.. Eh apa itu pra diploma ha ni nak habaq pra diploma ni adalah program persediaan khas yg melayakkan budak2 yg x cemerlang masa SPM masuk ke dalam Universiti dalam peringkat diploma.

Aaa erm x paham lagi ok nah ni definisi yg lengkap

Pra Diploma ialah program khas bagi melayakkan pelajar Bumiputera yang tidak memenuhi syarat kemasukan masuk ke program Diploma. Dalam program ini, pelajar akan mengikuti kursus Matematik, Bahasa Inggeris, Pengenalan kepada Perniagaan,  Pembangunan Insan bagi membentuk jati diri untuk tempoh pengajian selama satu semester. Pelajar yang lulus dan memenuhi syarat kelayakan akan ditawarkan masuk ke dalam program diploma.
Sumber : http://unikop.edu.my/v3/pra-diploma-perdagangan/



Sebab apa ang cakap pasai benda nih? Sebabnya kami dulu pon lepasan pra diploma jugak hah lepasan tahun 2014 ..saja nk mengimbau kenangan dulu cewahhh

Ok kami dulu ambik pra dip ni kat UiTM ..UiTM mana ? UiTM Kelantan
Awat ambik pra? Sebab lepas SPM result kami membuatkan kami tersenyum sumbing kesorangan walaupon kami ada jugak 2A tapi keputusan tu boleh kata xleh p mana hahaha

Bagi budak2 yg yang pandai dan straight A time spm depa x rasa hilang tujuan .. depa tau dah lepas SPM nak masuk U teruih tapi bagi budak yg memain time sekolah cam kita nih lepas SPM tu gelap seketika arah tujuan xtau nk p mana dan tu la sebabnya kami apply Pra Dip nih tup tup dapat alhamdulillah

Jadi kami pon masukla pra dip.. masa 1st masuk tu ada minggu orientasi atau depa panggil Minggu Destini Siswa ..minggu ni ampa wajib mai sebab apa? sebab time ni la depa habaq info penting dan proses pembelajaran di universiti dan time ni la jugak  nak kenai ramai memba2 baru ha..lepas keluar minggu ni payah dah nk jumpa ramai2 melainkan ada event ja.. em xmo cita banyak kot psai MDS nih sbb rasanya banyak org lain post pasal tu

Selepas minngu orientasi selalunya proses pembelajarn akan bermula. Untuk pelajar UiTM sebelum angpa start study ..angpa kena ada kad matrik dan akaun istudent uitm..



AAA apa tu? kad matrik ni adalah bukti pengenalan diri yang angpa ni pelajaq uitm manakala akaun istudent ni kegunaan dia adalah untuk memohon bantuan makanan, tengok jadual kelas di mana, urus hal2 yuran dan juga sebagai sumber untuk dapatkan nota dari pensyarah.

Macamana nk buat 2 benda alah ni? Time MDS ada sebut angpa ikut la yg tu..

dah lepas buat yg tu p la kelas jangan ponteng pulak.. time kami pra dip dulu kami ada 4 mata pelajaran ja yaitu:

  1. PRINSIP2 ASAS ISLAM CTU101
  2. ENGLISH INTRO ELC056
  3. ENTREPRENEUR INTRO ENT036 (dah takda terdelete, sorry lama tak  jenguk blog)
  4. ESSENTIAL MATHEMATIC MAT036
DALAM 4 MATA PELAJARAN NI HANYA 2 SAJA YANG KE FINAL EXAM YG LAIN TU ASAL PERGI KELAS DH LULUS
 Sidenote: NOTA boleh mintak dari lecturer or i-learn

Punya la senang nk lulus tapi masih ada yg gagal jugak bukan sikit ramai..punca? sama la macam kami time spm main-main.

Rasanya kami time belajaq pra aritu tak stress lansung enjoy banyak lagi ada haha tapi kami  enjoy pon malam2 study sebab dah insaf time spm luh huhu

Lecturer pon sporting dan suasana belajar pon kondusif, classmate pula masuk ayaq  pendek kata time pra ni adalah time paling heaven buat kami

Jadi bro nak tanya ni ang cakap yg pra tu senang .. ang lepas ka dak pra tu? Nak tau ka nantikan post seterusnya hahaha

p/s: Walau bagaimanapon ingin saya nasihatkan di siui pra diploma adalah platform untuk pelajar yang ingin mengubah masa depan mereka melalui sijil pra ke peringkat  diploma.

Hanya yang sanggup belajar sahaja dinasihatkan memohon

.Kalau tak minat belajar dah dan nak kerja atau nak cari kemahiran banyak institusi kerajaan (GIATMARA , CIDB , KOLEJ KOMUNITI) dan swasta yg menawarkan skil dan kemahiran yang kadangkala sekiranya digunakan kemahiran tersebut boleh meraih gaji yang melebihi orang yang belajar di peringkat pengajian tinggi!

contoh welding kapal, bawak crane(yg ni pon kena blajar gak tau basic 2k kat pangerang) , mekanik ( ang ingat semua org reti ka pomen2 keta xdak aih ) kerja kilang ( cukup 3 tahu ang jadi supervisor) , kerja speedmart cukup 2 tahun jadi assistant manager tau

Intro To Blogging

Hello stranger? Hahaha ni adalah post pertama kami dalm percubaan untuk berjinak-jinak dalam dunia blogging nih.. jadi maaflah kalo ada yang terkurang dan terlebih

Tujuan kami buat blog ni adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman hidup ..(uish skema gila ayat)..hahaha dalam bahasa ringkas dia diari la..

Sebelum tu kami nak perkenalkan diri dulu nama diberi aaa ermmm nama nick name ja la kat sini boleh? hahaha nama nick name dipanggil miru jowo. Sebab apa miru jowo? Entah kami pon dah tak ingat sebab dia hahaha

Bahasa yang kami rasa nak guna dalam blog ni rasanya bahasa kasual kot noh..tapi janagn risau kami x pakai bahasa KL ( KAMI ANTI BAHASA KL!!!) Eh awat lak anti ngan KL ni hmm ni kes xleh moveon kena reject ngan awek KL la nih ehh tersasul cakap pulak..adoi

em dah la kot sampai di sini sahaja ..sampai jumpa di post yg seterusnya yah! Adios

p/s:Harapnya benda blogging ni akan berterusan la hendaknya em em em