Hallooooooo
Rasa macam lama tak menulis kat sini ... lama gila hahah.
Takdak idea nak tulis apa jadi kita sambung cerita akademik lah. Ok selepas zaman Pra Diploma berlalu, sekiranya pelajar yang ambik Pra Diploma ni dapat keputusan yang memberansangkan , depa boleh sambung ke peringkat diploma.
Untuk kami ni alhamdulilah, keputusan ok
Jadi dapatlah sambung ke diploma , macam mana buat? Kalau nak sambung boleh apply di I-Student bahagian Further Studies.
Setelah apply dalam seminggu dua, dapatlah offer letter/surat tawaran penerapan.
Kami masa ni mintak jurusan akaun sebab ramai cakap senang, dan boleh skor dengan mudah.Nak tengok contoh offer letter? Sat..
Nak dijadikan cerita, dapat diploma pun kat tempat yang sama ambik pra diploma jadi senang, cara nak masuk kolej kediaman dah tau, selok belok universiti pun dah tau , tinggal buat member baru ja.
Tapi pergh, nasihat kami pada angpa yang nak ambik diploma akaun ni tolong buat betui2. Dok ingatkan senang, sem pertama pun kami dah ada subjek repeat(ulangan) sebab gagal faham konsep.
Pendek kata , zaman diploma kami dipenuhi dengan subjek ulangan dan suka ria kejahilan hahaha.
Untuk yang gagal jangan risau, boleh tebus balik di semester hadapan syaratnya kena buat betul-betul. Jangan takut nak tambah semester ( tambah 1-2 tak ada masalah) asalkan niat betul nak belajar, nak ubah masa depan.
Tapi jangan lah study memanjang, tak buat aktiviti menyeronokkan. Silalah masuk kelab-kelab yang banyak di UiTM nih. Kami pilih JPK Kolej Kediaman dan kelab Go-Kart dan alhamdulilah memang seronok. Sampai sekarang gambar Jowo masih ada di bilik TV Kolej Kediaman TR ahahah..


No comments:
Post a Comment